JOM KENALI KAMI...




  • Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) telah dibuka pada 5 Januari 2006. Penyelaras yang bertanggungjawab membuka program ini ialah Pn. Suhana Bt. Minhat dan En. Haron Bin Abd Hadi sebagai guru pembantu.
  • Pada 2011, kami mendapat 2 orang Pembantu Pengurusan Murid iaitu Pn. Salmi bt Ripin dan En. Mohd Hatta bin Jailani.
  • Murid pula terdiri daripada pelbagai kategori masalah pembelajaran iaitu autisme, ADHD, hipertensi, ‘slow learner’ dan sindrom down.
  • Bilangan murid juga bertambah dari tahun ke tahun. Pada awal pembukaannya, iaitu pada tahun 2006, bilangan murid hanya seramai 4 orang sahaja. Kemudian pada tahun 2007, pertambahan sebanyak 5 orang menjadikan bilangan murid menjadi 9 orang. peningkatan jumlah murid terus bertambah pada tahun 2008 iaitu 12 orang, pada 2009 berjumlah 15 orang dan seramai 21 orang pada tahun 2010. PPKI ini juga telah berjaya menginklusifkan 2 orang murid sepenuh masa di kelas perdana sejak dari tahun 2009 hingga kini.


 

Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:
  • Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik.
  • Perkembangan potensi diri ke tahap optimum
  • Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran.
  • Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
  • Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak



  • Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid Pendidikan Khas selaras dengan sistem Pendidikan Kebangsaan.



BERMATLAMAT,BERUSAHA, BERDIKARI & BERJAYA.

Template by:

Free Blog Templates