Wednesday, November 17, 2010

Kem Bestari Solat Zon Tanjung 2010

Salam dan selamat sejahtera semua...
Kem Bestari solat melibatkan murid-murid yang terpilih dari peringkat rendah dan menengah seluruh zon tanjung.Manakala penglibatan dari PPKI SK.Tanjung Minyak ialah seramai 6 orang murid. Antara penekanan dalam kem tersebut ialah berkenaan solat dari aspek pebuatan dan bacaan yang wajib disamping menekankan aspek-aspek yang lain seperti hadas, wuduk, mandi wajib dan serba ringkas tentang haji untuk pengetahuan murid. Walaupun mungkin ada sesetengah murid khas agak sukar untuk mereka mengingati dan faham perkara-perkara tersebut tetapi kami andaikan ini sebagai pendedahan kepada mereka mungkin apabila mereka mempelajari perkara yang sama pada masa hadapan ia akan menjadi lebih mudah bagi mereka untuk memahaminya...

Sunday, November 14, 2010




12 november 2010 memberi pengalaman yang bermakna bagi murid kami iaitu Shahirah kerana mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Tenpin Boling peringkat Negeri Melaka... kami amat berbangga dengan pencapaian beliau kerana beliau tidak dilatih secara profesional tetapi hanya berpeluang bermain hanya dua kali iaitu semasa Terapi Poling di peringkat sekolah dan Kejohanan Tenpin Boling Peringkat Zon Tanjung.. kami ucapkan tahniah dan diharap dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Tuesday, November 2, 2010

Perkhemahan Peringkat Sekolah

Perkhemahan peringkat sekolah ni dilaksanakan pada 30 oktober yang lalu. seramai 8 orang murid khas yang mengikuti perkhemahan ini.. Sebenarnya ada lagi 2 orang yang sepatutnya menyertai program ini tetapi tidak mendapat kebenaran ibu bapa.. em, ruginya tapi tidak boleh dipaksa harapnya tahun depan ada peluang lagi untuk menyertai perkhemahan tersebut. Perkhemahan ini hanya 2 hari satu malam sahaja. Namun, pelbagai aktiviti yang dirancang pastinya memberi pengalaman khususnya murid khas ini. Bagusnya aktiviti ini kepada murid khas ini ialah menggalakkan mereka bergaul dan berkomunikasi dengan murid di kelas perdana yang lain.. Sebab itu kami tidak meletakkan seorang sahaja murid khas di dalam satu kumpulan... Seterusnya, menggalakkan murid berdikari dan kami sebagai guru pendidikan khas juga dapat menilai dan memperbaiki pengurusan diri murid yang masih perlu ditekankan. Majlis Penutupan Perkhemahan ini ialah pada pukul 3.00 petang dan setiap kumpulan mendapat hadiah atas penyertaan mereka dalam aktivit-aktiviti yang telah dilaksanakan. Majlis bersurai lebih kurang jam 3.45 petang... segala kerjasama guru dan murid didahulukan dengan ucapan terima kasih.. so dibawah ini adalah serba sedikit gambar semasa aktiviti tersebut... Please, have a look..

Tuesday, October 12, 2010

Sambutan Hari Lahir Fasa 2 2010

Seronoknye murid-murid ni dapat keluar lawatan. mana tak nye tiap-tiap hari mengadap buku dan muka cikgu... dan tiap-tiap hari kena marah. sabar je ye murid-murid. cikgu terpaksa marah, kalau tidak memang kamu tak nak dengar cakap..
Sambutan kali ni kami buat di Mydin MITC Ayer Keroh. kami berolak pada pukul 9.00 pagi. Murid dibekalkan dengan air mineral, air kotak dan roti sebagai kudapan. terpaparlah senyuman dan muka-muka kegirangan semasa perjalanan pergi ke MITC ni..sebelum kami meraikan hari lahir murid-murid tersebu, kami buat lawatan di planetarium dahulu. paling best sekali apabila murid dapat melihat Tayangan 3D Cosmic Safari..banyak pengetahuan dan pendedahan yang murid dapat tentang angkasa lepas. selepas itu kami membuat terapi boling. Ini kali pertama mereka bermain boling, jadi banyaklah yang masuk longkang... Namun ada juga yang dapat menunjukkan permainan yang baik walaupun pertama kali pegang bola boling tu.. selepas itu, kira-kira pukul 12.30 tgh, barulah kami ke Pasaraya Mydin untuk meraikan Murid yang lahir dari bulan jun hingga disember. Kami menyambut hari lahir murid di ruang makan Rasa D'village Mydin.Murid yang diraikan ialah Syakila, Amirul, fahmi,Fariz, Natasya, Afiqah, Fairuz,Lokman dan bong. Semua murid menikmati juadah nasi ayam dan kek hari lahir. semasa berada di sana ada juga yang memerhatikan gelagat murid khas yang mungkin asing bagi mereka terutamanya murid autisma kami iaitu amirul. Mereka mungkin pelik melihat yang anak yang nampak normal tetapi berkelakuan pelik. Bagus juga pendedahan ini kerana dapat memberikan pendedahan kepada orang awam bahawa tidak perlu malu jika mempunyai anak khas dan kanak-kanak khas juga perlu mendapat layanan seperti kanak-kanak normal yang lain.. malah kanak-kanak sebegini perlukan pendedahan terhadap persekitaran mereka disamping perhatian dan sokongan yang extra agar dapat mengajar mereka berdikari...Setelah selesai makan, kami bersiap sedia untuk pulang. Bas datang menjemput kami dalam pukul 3 petang, Setelah naik bas, semua murid keletihan dan senyap sahaja dalam perjalanan pulang. Kami sampai sekolah dalam pukul 3.20 petang dan ibu bapa murid sedang menunggu anak untuk dibawa pulang.

Wednesday, June 2, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID FASA 1

Sambutan hari lahir murid adalah aktiviti tetap setiap tahun kelas khas di sini. Baru-baru ini sambutan telah diadakan di Mc Donald Dataran Pahlawan, Melaka. Pada Sambutan Hari Lahir Fasa 1 ini merangkumi murid yang lahir dari bulan januari hingga jun.justeru itu, seramai 6 orang murid telah diraikan iaitu adik Hakim, Hanif, Syuhada, Sahirah, Aina dan Syakira. Program ini selain dapat memberi penghargaan kepada murid yang diraikan, ia juga dapat memberi pendedahan sosial amnya terhadap keadaan sekeliling. Ternyata murid begitu seronok dengan program yang dianjurkan. Sudah pastinya aktiviti ini akan diteruskan sehingga ke tahun yang akan datang.

Sunday, May 23, 2010

PERSEMBAHAN HARI GURU 2010

Salam.. Murid-murid khas SKTM telah membuat persembahan pada 17/05/2010 sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. lagu yang dibawakan ialah lagu "Namun Ku Punya Hati". lagu yang sungguh menyayat hati ini telah menjadikan suasana agak sepi seketika. Bukan murid je yang sedih tapi cikgu pun sedih mendengar bait-bait lagu tersebut...

Tajuk Lirik Lagu: Namun Ku Punya Hati
"Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta Lahir ke dunia
Tidak kuduga Cacat begini
Bukan kuminta Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...





Friday, April 9, 2010

Lawatan Ke D'Paradise Village Melaka

Tarikh : 07 april 2010
Bil. Murid yang dibawa : 13 Orang
Bil. Guru PK, GSTT, Guru Praktikum : 9 orang
Bil. PPM : seorang
Waktu bertolak : 8.30 Pagi
Waktu balik : 1.30 tgh

Antara Gelagat Murid Pendidikan Khas SKTM di D'Paradise Village Melaka



Template by:

Free Blog Templates